AMANAH IKHTIAR MALAYSIA PEJABAT WILAYAH PAHANG
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
Amanah Ikhtiar Malaysia..Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki
Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

Wednesday 29 May 2013


Warna Tema Kuning dan Hitam

Pakaian Lelaki
Baju Kemeja
Bertali leher

Pakaian Wanita 
(AMARAN!!! Pakaian yang menjolok mata dan menaikkan nafsu tidak DIBENARKAN)
Baju Sopan / Muslimah
Baju Kurung

Wednesday 17 April 2013

DATANG DAN PERGI

 
Kami warga kerja AIM Pejabat Wilayah Pahang (Genarasi II) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Roslan Pakon kerana telah menguruskan wilayah pahang dengan baik sejak hari pertama penubuhan (01.02.11) hingga pada hari terakhir (08/04/13). En Roslan berpindah ke Negeri Kelantan sebagai Pengurus Wilayah yang baru disana. Segala jasa dan pengorbanan En Roslan akan di kenang.
 
 
Kami warga kerja AIM Pejabat Wilayah Pahang (Genarasi II) ini mengucapkan Selamat Datang Kepada En Hashim Rajimun selaku Pengurus Wilayah yang baru, dimana sebelum ini En Hasim bertugas di WIlayah Perak selaku Penolong Pengurus Wilayah. Kita akan sama-sama akan bangunkan wilayah pahang supaya menjadi wilayah yang cemerlang.
 

Tuesday 26 March 2013

Pemburu Yang Baik Hati


Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayan raja bernama Nasiruddin yang begitu gemar sekali berburu. Pada suatu hari ketika dia sedang berburu, Nasiruddin ternampak seekor anak rusa yang cantik sekali.
“Anak rusa yang cantik itu bolehlah aku berikan kepada anakku. Mereka tentu sayang kepada anak rusa itu dan menjaganya dengan baik,” kata Nasiruddin dalam hati.
Nasiruddin menangkap anak rusa itu dibawanya pulang meninggalkan hutan tempat ia berburu itu. Apabila ibu rusa sedar bahawa anaknya telah ditangkap orang, dia merasa amat terkejut sekali. Oleh kerana amat sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk mendapatkan anaknya kembali, ibu rusa itu mengekori Nasiruddin dari belakang.
Sementara itu, Nasiruddin yang asyik menunggang kudanya gembira memikirkan tentang anak yang baru ditangkapnya itu.
“Aku telah mendapat seekor anak rusa yang comel. Pasti anak-anakku sambut dengan gembira,” katanya dalam hati.......( Teruskan )

Thursday 28 February 2013

TINGGINYA SIFAT KASIHSAYANG RASULULLAH

sumber dari http://kisahteladan.info/rasulullah/sifat-kasih-sayang

 

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

 
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
 
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
 
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil,..... ( Teruskan )