AMANAH IKHTIAR MALAYSIA PEJABAT WILAYAH PAHANG
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
Amanah Ikhtiar Malaysia..Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki
Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

Monday, 19 December 2011

Thursday, 8 December 2011

KURSUS MEREKOD KEWANGAN PERNIAGAAN KECIL CAWANGAN TEMERLOH

Disediakan oleh : Cik Noor Hidayah Pegawai Eksekutif (UPU)

Kursus Merekod Kewangan Perniagaan Kecil untuk sahabat AIM cawangan Temerloh telah diadakan pada 24 November 2011(Khamis).Tujuan kursus ini diadakan untuk mendedahkan sahabat mengenai..
( Berita Penuh / Galeri )

Wednesday, 7 December 2011

HARI INI SEBELUM KITA..........

DISEDIKAN OLEH : NORAZREN BT JALALUDIN (Pen.Pegawai Akaun)

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. 
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
( Berita Penuh / Galeri )

Wednesday, 23 November 2011

PROGRAM KURSUS MEREKOD KEWANGAN PERNIAGAAN KECIL AIM CAWANGAN MARAN, PAHANG

MARAN 28 Oktober 2011 - Program Sistem Merekod Kewangan merupakan program yang dianjurkan oleh pihak UPU bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan akaun perniagaan. Ini bagi melahirkan usahawan yang lebih mantap serta sistematik dalam urusniaga perniagaan...
( Berita Penuh / Galeri )

Thursday, 17 November 2011

KURSUS MEREKOD KEWANGAN PERNIAGAAN KECIL AIM CAWANGAN BERA, PAHANG

BERA 28 Okt 2011 - Program Sistem Merekod Kewangan merupakan program yang dianjurkan oleh pihak UPU bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan akaun perniagaan. Ini bagi melahirkan usahawan yang lebih mantap serta sistematik dalam urusniaga perniagaan.

Thursday, 3 November 2011

BERITA DARI RAUB

Raub  -  02 Nove (Selasa  ) Sempena  lawatan  PW  ke AIM  Raub ,beliau telah membuat lawatan ke pusat WAWASAN   JAYAM iaitu pusat Kaum India  yang   Pertama di Cawangan Raub  bagi Skim Pembiayaan  Ikhtiar ( SPI ) dimana  pusat  tersebut mempunyai  sahabat seramai 15  orang (3 kumpulan ) dan  bakal bertambah  1  kumpulan lagi   dalam bulan November ini.
                Kesemua   sahabat  pusat telah pun menerima  modal pembiayaan   pertama  masing-masing  dengan  modal  kebanyakan dilaburkan dalam sector  perniagaan,perkhidmatan , pertanian dan  perternakan.
                Dalam  kunjungan  pertama  ini beliau  menyarankan  pada sahabat  pusat agar  sentiasa  jaga disiplin  bayar balik dan  tanggungjawab dan kewajipan sebagai sahabat AIM.
                Turut  hadir  dalam  lawatan  berkenaan  adalah Pengurus Cawangan RauB  dan  Mp dikendali   selia  oleh  PPA   Mohd  Amin.
( Berita Penuh / Galeri )

Wednesday, 2 November 2011

Tuesday, 1 November 2011

BULAN ZULHIJJAH

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)


2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)


3. Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” - Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.


4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.
PETIKAN DARI SEBUAH LAMAN BLOG.

Friday, 14 October 2011

PEKELILING BAHAGIA PINJAMAN DAN OPERASI

PENGUNAAN BORANG P1 VERSI 02, PINDAAN BERTARIKH 01 JULAI 2011

Rujukan surat : AIM / BPO / 700 - 03 / 04 (16)
Tarikh surat  : 07 Oktober 2011
Pindaan di buat pada muka surat 4 di ruang dokumen di lampirkan dan ruang Peringatan sahaja. borang baru akan diedarkan pada september 2011.


KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS


Walau bagaimanapun, penggunaan sepenuhnya borang ini berkuatkuasa pada 1 hb November 2011
Untuk muat turun borang klik pada ruangan Download 

Thursday, 6 October 2011

Thursday, 29 September 2011

Sambutan Aidilfitri Sahabat AIM Cawangan Jerantut

Pada 24hb September 2011, bertempat di Dewan Harmoni Sekolah Men. Keb. Padang Saujana, Jerantut telah berlangsung majlis gilang-gemilang yang julung-julung kalinya diadakan bagi sahabat AIM Jerantut.

Program ini telah dianjurkan oleh Lembaga Perwakilan Sahabat AIM Jerantut dengan kerjasama Pengurus Cawangan Cik Norbaizura Bt Mohamad dan kakitangan AIM Cawangan Jerantut. Seawal jam 9.00 pagi, dewan telah dipenuhi oleh para sahabat bersama-sama ahli keluarga masing-masing yang hadir untuk memeriahkan majlis....

( Berita Penuh / Galeri )

Monday, 19 September 2011

DATA BULAN JULAI (7)


RANKING
<< PEMBANTU AMANAH (LAPANGAN) >>
MENGIKUT JUMLAH KEMASUKAN SAHABAT



<< KEBERKESANAN OPERASI (OE) >>
MENGIKUT CAWANGAN

Program Hari Raya 10/09/11

10/09/2011 – Khamis, Bertempat di Bukit Bendera Resort telah berlangsung program motivasi untuk kakitangan AIM Wilayah Pahang , sekaligus bersama dengan Program tersebut diadakan sambutan hari raya ‘Aidilfitri’ peringkat Wilayah Pahang. Program bermula dengan ceramah motivasi yang di sampaikan oleh En Wan Mahazani Wan Tahir daripada Rompin dengan tajuk Cahaya Aidilfitri melahirkan Pekerja Cemerlang.....

( berita penuh / galeri )
( galeri KAIMB )

Thursday, 25 August 2011

AGENDA PROGRAM PADA 10 / 9 / 2011

PROGRAM MOTIVASI & JAMUAN HARI RAYA " AIDILFITRI'
Tarikh : 10hb. September, 2011 ( Sabtu )
Masa : 09.00 pagi hingga 01.00 petang
Tempat : Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang
PAKAIAN :
LELAKI-WAJIB BERBAJU MELAYU LENGKAP BERSAMPING DAN BERSONGKOK
PEREMPUAN-PAKAIAN HARI RAYA TAHUN 2011,BERSOPAN DAN TIDAK MENJOLOK MATA
WAJIB - setiap cawangan di kehendaki membawa
KUIH RAYA 
( yang sedap ) KE PROGRAM DIATAS

CAWANGAN PERLU MENGHANTAR WAKIL PERSEMBAHAN ( NYANYIAN / SKETSA )

MESYUARAT AGUNG KAIMB WILAYAH PAHANG
Tarikh : 10hb. September, 2011 ( Sabtu )
Masa : 02.00 hingga 05.00 petang
Ada Perubahan Pada Tempat mesyuarat
( sebelum ini di Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang)
Tempat : Hotel Green Park, Temerloh, Pahang
Pindaan Tempat
Bagi Mesy Agung KAIMB Pahang
( DOWNLOAD / VIEW )
SENARAI NAMA PERWAKILAN

CERITA SASIAH RAMADHAN 18-19 / 08 / 2011

Tuesday, 16 August 2011

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AIM TAHUN 1432H/2011M


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan AIM Wilayah Pahang akan mengadakan Program Penghayatan Ramadhan AIM dengan ketetapan  seperti berikut:-


Tarikh              :  18-19 Ogos 2011 ( Khamis & Jumaat  )

Masa               :  18/8/2011 (Lapor diri jam 9.00 pagi)

                           19/8/2011 (Bersurai pada jam 12.30 tengahari)

Tempat           :  Cherengin Hills Convention & Spa Resort
                               (Janda Baik)

Untuk makluman pihak tuan/puan  pakaian sepanjang program adalah pakaian kerja atau  berbaju melayu sepasang (seluar jean dilarang) . Anda juga diminta membawa sejadah dan surah  yasin  Penginapan disediakan pada 18/8/2011 sahaja.

Thursday, 4 August 2011

Friday, 8 July 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

LAWATAN DARI CAWANGAN PENDANG (WIL KEDAH) KE CAWANGAN TEMERLOH (WIL PAHANG)
TARIKH : 02/06/2011
LAWATAN KE PROJEK SAHABAT DAN PEJABAT WILAYAH PAHANG.

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).
Terima Undangan Dan Menerima Hadiah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga
Memutuskan Silaturahim: Satu Dosa Besar
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim
 ( BERITA PENUH I GALERI )

Wednesday, 29 June 2011

Bengkel Amalan Budaya Cemerlang A.B.C

24 JUN 2011 Kuantan -  Bertempat di Hotel Grand Continental Kuantan telah berlangsung satu bengkel yang di himpunkan seramai hampir 40 orang dari wilayah pahang. Bengkel Amalan Budaya Cemerlang (A.B.C) satu bengkel yang diadakan bertujuan untuk menberi motivasi kepada kakitangan AIM dari peringkat Pengurus Wilayah sehinggalah ke Peringkat PA lapangan.

Tuesday, 21 June 2011

Bengkel Kepimpinan Pusat

Pada 17/06/2011 ( Jumaat ) Temerloh - Bengkel Kepimpinan Pusat (BKP) dilaksanakan untuk mempertingkatkan pengetahuan ketua pusat dalam segala urusan yang melibatkan pengurusan mesyuarat pusat (MP). Selain dari itu, BKP juga memberi informasi terkini tentang perkembangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada ketua pusat untuk disampaikan kepada ahli pusat bila selesai BKP nanti.

Friday, 17 June 2011

AGENDA A.B.C

Bengkel Amalan Budaya Cemerlang siri 3
Tarikh       : 24-26 Jun 2011
Tempat       : Hotel Grand Continental, Kuantan
Program Mula : 8.30am 24/6/2011
Program Tamat: 5.00pm 26/6/2011
Check In     : 23/6/2011 (sebelum 6.00pm)
UNTUK MAKLUMAN KEPADA PESERTA YANG TERLIBAT, SILA BAWA PAKAIAN YANG BERSESUAIAN DENGAN AGENDA YANG TELAH DI TETAPKAN, SEBARANG PERMASALAHAN SILA MAKLUMKAN KEPADA PEJABAT WILAYAH PAHANG 09 2961434
 UNTUK MELIHAT AGENDA PROGRAM SILA KLIK < AGENDA A.B.C >

HADITH HARI INI

Monday, 6 June 2011

DOWNLOAD


Dalam ruangan Download ini, Anda boleh memuat turun borang-borang yang terkini dalam ruangan ini. Dalam setiap urusan yang diproses sila guna borang yang terkini. Mohon kerjasama dari pihak cawangan.

PINDAAN IKRAR KAKITANGAN AIM

"KAMI YANG DIAMANAHKAN MEMBANTU KELUARGA MISKIN BERIKHTIAR MENAMBAH REZEKI MELALUI PEMBIAYAAN IKHTIAR YANG DIKELUARKAN KEPADA MEREKA YANG SANGGUP BERUSAHA DAN MEMPUNYAI PROJEK YANG SEMPURNA TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA, JANTINA DAN FAHAMAN POLITIK. DALAM TUGAS INI, KAMI BERTINDAK SECARA AMANAH,TEGAS, BIJAKSANA DAN TELUS TANPA MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN PERIBADI ATAU BALASAN DALAM APA-APA BENTUK SEKALIPUN DARIPADA AHLI DAN BAKAL AHLI. ALLAH MENJADI SAKSI SEGALA YANG KAMI LAFAZKAN DAN LAKUKAN"

BERKUAT KUASA MULAI 5/JUN/2011(AHAD)

Tuesday, 24 May 2011

PEMBAYARAN BONUS INDEKS PRESTASI UTAMA (KPI) 2010

Adalah di maklumkan pembayaran bonus KPI tahun 2010 kepada kakitangan akan dibuat pada 25 Mei 2011. Bayaran bonus adalah kepada semua kakitangan yang berkhidmat selewat-lewatnya pada 1 Julai 2010 dan masih berkhidmat pada tarikh pembayaran bonus dibuat.
Semoga dengan pembayaan bonus ini akan dapat meningkatkan lagi produktiviti dan komitmen semua kakitangan kearah kecemerlang AIM.

Saturday, 21 May 2011

BENGKEL TRANSFORMASI PENGURUSAN SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT

12/05/2011 - Pihak Unit Teknologi Maklumat (UTM) telah mengadakan Bengkel Transformasi Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat untuk ketegori kakitangan Penolong Pegawai Kerja Sistem Wilayah (PPKs) , Pembantu Amanah Pengurusan Wilayah, Pembantu Amanah Sistem (PAS) dan Pembantu Amanah Pengurusan Cawangan.  ( BERITA PENUH I GALERI )