AMANAH IKHTIAR MALAYSIA PEJABAT WILAYAH PAHANG
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
Tuesday, 3 December 2013
Wednesday, 10 July 2013
Wednesday, 29 May 2013
Thursday, 16 May 2013
Wednesday, 17 April 2013
DATANG DAN PERGI
Kami warga kerja AIM Pejabat Wilayah Pahang (Genarasi II) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Roslan Pakon kerana telah menguruskan wilayah pahang dengan baik sejak hari pertama penubuhan (01.02.11) hingga pada hari terakhir (08/04/13). En Roslan berpindah ke Negeri Kelantan sebagai Pengurus Wilayah yang baru disana. Segala jasa dan pengorbanan En Roslan akan di kenang.
Kami warga kerja AIM Pejabat Wilayah Pahang (Genarasi II) ini mengucapkan Selamat Datang Kepada En Hashim Rajimun selaku Pengurus Wilayah yang baru, dimana sebelum ini En Hasim bertugas di WIlayah Perak selaku Penolong Pengurus Wilayah. Kita akan sama-sama akan bangunkan wilayah pahang supaya menjadi wilayah yang cemerlang.
Tuesday, 26 March 2013
Pemburu Yang Baik Hati
Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayan raja bernama
Nasiruddin yang begitu gemar sekali berburu. Pada suatu hari ketika dia sedang
berburu, Nasiruddin ternampak seekor anak rusa yang cantik sekali.
“Anak rusa yang
cantik itu bolehlah aku berikan kepada anakku. Mereka tentu sayang kepada anak
rusa itu dan menjaganya dengan baik,” kata Nasiruddin dalam hati.
Nasiruddin
menangkap anak rusa itu dibawanya pulang meninggalkan hutan tempat ia berburu
itu. Apabila ibu rusa sedar bahawa anaknya telah ditangkap orang, dia merasa
amat terkejut sekali. Oleh kerana amat sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa
untuk mendapatkan anaknya kembali, ibu rusa itu mengekori Nasiruddin dari
belakang.
Sementara itu,
Nasiruddin yang asyik menunggang kudanya gembira memikirkan tentang anak yang
baru ditangkapnya itu.
“Aku telah
mendapat seekor anak rusa yang comel. Pasti anak-anakku sambut dengan gembira,”
katanya dalam hati.......( Teruskan )
Thursday, 28 February 2013
TINGGINYA SIFAT KASIHSAYANG RASULULLAH
sumber dari http://kisahteladan.info/rasulullah/sifat-kasih-sayang
Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil,..... ( Teruskan )
Monday, 25 February 2013
Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah
Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah
Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"
Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.
..
..
Monday, 21 January 2013
BADAN HALAL DUNIA YANG DI IKHTIRAF
Disediakan Oleh : Saudara Aminudin Che Leh (PA Pengurusan Caw Rompin)
Petikan dari bloq http://www.islamituindah.my/produk-halal-tuntutan-syarak
Tahukan Anda terdapat beberapa institusi/badan Halal luar negara yang di ikhtiraf oleh JAKIM untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut KLIK DISINI
Petikan dari bloq http://www.islamituindah.my/produk-halal-tuntutan-syarak
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ” (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)

Subscribe to:
Posts (Atom)