AMANAH IKHTIAR MALAYSIA PEJABAT WILAYAH PAHANG
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
Amanah Ikhtiar Malaysia..Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki
Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

Wednesday 23 November 2011

PROGRAM KURSUS MEREKOD KEWANGAN PERNIAGAAN KECIL AIM CAWANGAN MARAN, PAHANG

MARAN 28 Oktober 2011 - Program Sistem Merekod Kewangan merupakan program yang dianjurkan oleh pihak UPU bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan akaun perniagaan. Ini bagi melahirkan usahawan yang lebih mantap serta sistematik dalam urusniaga perniagaan...
( Berita Penuh / Galeri )

Thursday 17 November 2011

KURSUS MEREKOD KEWANGAN PERNIAGAAN KECIL AIM CAWANGAN BERA, PAHANG

BERA 28 Okt 2011 - Program Sistem Merekod Kewangan merupakan program yang dianjurkan oleh pihak UPU bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan akaun perniagaan. Ini bagi melahirkan usahawan yang lebih mantap serta sistematik dalam urusniaga perniagaan.

Thursday 3 November 2011

BERITA DARI RAUB

Raub  -  02 Nove (Selasa  ) Sempena  lawatan  PW  ke AIM  Raub ,beliau telah membuat lawatan ke pusat WAWASAN   JAYAM iaitu pusat Kaum India  yang   Pertama di Cawangan Raub  bagi Skim Pembiayaan  Ikhtiar ( SPI ) dimana  pusat  tersebut mempunyai  sahabat seramai 15  orang (3 kumpulan ) dan  bakal bertambah  1  kumpulan lagi   dalam bulan November ini.
                Kesemua   sahabat  pusat telah pun menerima  modal pembiayaan   pertama  masing-masing  dengan  modal  kebanyakan dilaburkan dalam sector  perniagaan,perkhidmatan , pertanian dan  perternakan.
                Dalam  kunjungan  pertama  ini beliau  menyarankan  pada sahabat  pusat agar  sentiasa  jaga disiplin  bayar balik dan  tanggungjawab dan kewajipan sebagai sahabat AIM.
                Turut  hadir  dalam  lawatan  berkenaan  adalah Pengurus Cawangan RauB  dan  Mp dikendali   selia  oleh  PPA   Mohd  Amin.
( Berita Penuh / Galeri )

Wednesday 2 November 2011

Tuesday 1 November 2011

BULAN ZULHIJJAH

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)


2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)


3. Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” - Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.


4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.
PETIKAN DARI SEBUAH LAMAN BLOG.