AMANAH IKHTIAR MALAYSIA PEJABAT WILAYAH PAHANG
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
Amanah Ikhtiar Malaysia..Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki
Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

SEJARAH & OBJEKTIF AIM

Sumber dari Laman Web Rasmi AIM


Profil Korporat
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan pada 17 September 1987 sebagai Badan Amanah Persendirian Berdaftar. Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Objektif AIM ialah :
  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan termiskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar.
  • Menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah miskin, termiskin dan usahawan Ikhtiar.
Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut :
  • Pembiayaan Modal
  • Simpanan Wajib
  • Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat

VISI

Untuk Menjadi Institusi Kewangan Mikro Yang Diberkati, Dinamik dan Bertaraf Dunia Bagi Membasmi Kemiskinan serta Meningkatkan Kesejahteraan Ummah.

MISI
  • Menjadi Institusi Kewangan Mikro pada tahun 2009
  • Menjadi institusi yang berdikari pada tahun 2012 dengan  mempelbagaikan produk dan perkhidmatan.
  • Menjadi IKON dalam operasi Kewangan mikro di peringkat antarabangsa.
  • Membangunkan program yang lebih komprehensif bagi membantu, membimbing dan memperkasa golongan miskin terutama bangsa Malayu dan Bumiputera.
  • Mencapai bakikini pembiayaan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2012.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mewujudkan budaya kerja cemerlang.
  • Menyediakan kemudahan kewangan dan bimbingan berterusan kepada sahabat usahawan. 

IKRAR KAKITANGAN

Kami yang diamanahkan membantu keluarga miskin berikhtiar menambah rezeki melalui pembiayaan ikhtiar yang dikeluarkan kepada mereka yang sanggup berusaha dan mempunyai projek yang sempurna tanpa mengira bangsa, agama, jantina, dan fahaman politik. Dalam tugas ini, kami bertindak secara amanah, tegas, bijaksana dan telus tanpa mementingkan keuntungan peribadi atau balasan dalam apa-apa bentuk sekalipun daripada ahli dan bakal ahli. Allah/Tuhan menjadi saksi segala yang kami lafazkan dan lakukan.

IKRAR SAHABAT

Adalah menjadi tanggungjawab kami kepada Allah untuk berikhtiar menambah rezeki, membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka di dalam kesesakan, menggunakan keuntungan pembiayaan untuk mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan, menggalak anak-anak terus bersekolah dan membayar balik pembiayaan setiap minggu. Allah menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan.